ALAM Interview

     Assalamualaikum korang! Ok skang ni aku ade nak share sikit pengalaman aku pergi interview alam kat Melaka. First skali memang terkejut ah sebab aku tak sangka betul aku disenarai pendekkan untuk ke interview. Sebab aku tak plan pun yg aku akan dapat. Dulu acah2 jer daftar kat laman web diorang. Kena buat macam2 ah. Download itu ini. Borang pun belambak kena isi.
     Ok berbalik kepada tujuan aku. Barang2 semua aku pack waktu pagi sebelum bertolak pergi Melaka  serabut la jugak sebenarnya. Tapi nak buat macam mana an, dah biasa. Hahaha bawak lah segala baju interview nya, kasut baru nya, tie baru. Wow! Satu jer yg aku lupa nak bawak, "pensil"  fuhhh perlu weh sebab ada test!!!!  okay aku bertolak dengan parent aku lebih kurang pukul 9. Pastu singgah Restoran Tasik Raban makan tengah hari. Sedap wehhh!!! Memang tak pernah kecewa lagi lah setakat ni kalau makan kat sana  lepas tu shoot terus ke Melaka 
     Sampai2 je Melaka, aku macam orang jakun weh tengok suasana dengan rumah2 kat sana. Betul2 nampak macam kampung tambah2 lagi rumah kat sana still macam rumah melayu dulu2. Tapi nak cita, memang cantik  berkilat pulak tu! ALAM ni terletak kat Kuala Linggi. Dalam jugak tempat dia. Aku stay ngan parent kat Umang Umang Chalet. Not bad la tempat tu. Sebab tepi laut an. So tak la boring sangat.

     Satu jer yg tak best. Kedai makan susah betul nak cari kat sini. Jauh gila weh. Yg ada pun gerai2 kecik ja. Jenis kaki lepak boleh ar. Aku ngan parent jenuh jugak la cari, tapi nasib baik jumpa gak. Sep Tomyam. Makanan boleh tahan. Kami beli siap2 untuk makan malam. Senang sikit.

     Tiba lah hari yg dinanti2. Okay 7.50 kami pecut terus ke ALAM. 1km je dari chalet. Sampai je kat sana, pergh ramai betul yg apply untuk masuk ALAM ni. Ni detail:
     #0830-0900 sesi pembahagian file dalam dewan.
     #0900-1010 ujian fizikal macam bmi je.
     #1010-1145 ujian bertulis (english,mathemathics,physics)
     #1145-1250 tunggu result dimumkan dalam dewan besar. "Dewan Polaris"
     #1250-1400 siapa2 yg lepas, mereka akan panggil untuk interview. Simple! So yg tak lepas boleh balik. Repeat paper pun boleh.

     Hahaha tu ja yg aku nak share ngan korang. Mana yg nak pergi interview alam tu, goodluck! Korang jangan takut je. Buat rileks sudah. Don't worry, be happy.

No comments:

Post a Comment